OSH Management System/ Sistem Pengurusan OSH





Sistem Pengurusan OSH merupakan satu sistem pengurusan yang perlu dibangunkan oleh organisasi yang inginkan melihat aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam organisasi mereka berjalan dengan lancar dan bersistematik.

Di Malaysia sistem pengurusan OSH yang biasanya dipraktikkan adalah standard MS 1722. Standard ini amat baik dipraktikkan jika organisasi anda benar-benar serius untuk menjadikan amalan keselamatan dan kesihatan yang lebih berstuktur dalam organisasi.

Elemen POPEA biasa gunakan sebagai panduan mengaplikasi standard MS1722 ini. Berikut merupakan klausa penting yang perlu dibangunkan dalam standard MS 1722 ini.

Antaranya :

3.1  POLISI (P)
3.1.1  Polisi OSH
3.1.2  Penyertaan Pekerja

3.2  ORGANISASI (O)

3.2.1  Tanggungjawab

3.2.2  Latihan dan Kompetensi
3.2.3  Dokumentasi
3.2.4  Komunikasi

3.3  PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN (P)
3.3.1  Semakan awal
3.3.2  Objektif dan program
3.3.3  HIRARC
3.3.4  Perancangan Tindakan Kecemasan (ERP)
3.3.5  Perubahan pengurusan
3.3.6  Perolehan
3.3.7  Kontrak

3.4  PENILAIAN (E)
3.4.1  Pemantauan prestasi
3.4.2  Penyiasatan kemalangan
3.4.3  Audit
3.4.4  Semakan pengurusan

3.5  TINDAKAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN (A)
3.5.1  Pembetulan dan pencegahan
3.5.2  Penambahbaikan berterusan

Tidak semestinya sesebuah organisasi yang mempraktikkan eleman diatas perlu melalui proses pensijilan kerana manfaat sistem ini akan mula dirasakan sewaktu permulaan perancangan perlaksaan kerana sistem ini memerlukan komitmen dari pihak pengurusan tertinggi organisasi. Apalah gunanya sistem yang baik jika tiada komitmen pengurusan kerana sistem pengurusan OSH ini memang menuntut majikan lebih memberikan komitmen demi kebaikan pekerja keseluruhannya.   





#safetytraining #safetytrainingmelaka #safetytrainingmalaysia #safetycommitteetraining #hirarctraining #safechemicalhandlingtraining #masmasafety #mssmartmanagement #basicriggingslinging #liftingsupervisor #training #safetytrainingnegerisembilan #safetytrainingkualalumpur #safetytrainingselangor #forklifttraining #kamianakmelaka #supervisor #crane #workingatheighttraining #firetraining #inhouseprogram #hrdffund #ceptraining #hrdfclaimable #environmentaltraining