Tips keselamatan ketika banjir


Sering kita dengar, apabila hujung tahun banyak kawasan terutamanya di pantai timur terlibat dengan banjir. Hal ini adalah kerana musim tengkujuh sedang berlaku.

Jadi, kami ingin berkongsi dengan anda tindakan yang perlu diambil sekiranya anda terima sebarang tanda amaran banjir atau ketika berlakunya banjir di kawasan sekitar anda.

Langkah keselamatan asas

1. Elakkan berjalan atau memandu di dalam banjir.
2. Jangan memandu kenderaan di atas jambatan yang mempunyai arus deras banjir.
3. 6 inci paras air banjir mampu menjatuhkan anda, dan 1 kaki paras air banjir mampu
    menolak kenderaan anda.
4. Sekiranya anda menjangkakan akan berlaku banjir kilat, segera berpindah ke tempat
    yang lebih tinggi.
5. Sekiranya air banjir meningkat secara mendadak di sekitar kenderaan anda, tinggalkan 
   kenderaan anda dan selamatkan diri anda ke tempat yang tinggi.

Sewaktu musim tengkujuh. Apa yang perlu anda lakukan?

1. Selalu dengar radio, tv atau peka dengan apa-apa berita terkini di laman media sosial
    yang dipercayai dan diyakini mengenai arahan kecemasan.
2. Bersiap sedia untuk berpindah dan tahu ke mana anda harus pergi ketika banjir
    berlaku.
3. Sediakan atau lengkapkan peralatan kecemasan. Hal ini termasuklah lampu suluh, ubat
   -ubatan, wang kecemasan, dan sebagainya.
4. Cabut semua peralatan elektrik. Jangan sentuh peralatan elektrik ketika anda basah
    kerana ia akan menyebabkan anda terkena renjatan elektrik.
5. Jika diarahkan, tutup gas dan matikan suis utama rumah anda. Ini membantu 
    mengelakkan rumah anda daripada meletup akibat kebakaran.

Ketika banjir berlaku atau akan tiba di tempat anda dalam masa terdekat, ini yang harus anda lakukan.

1. Berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
2. Mengosongkan bangunan atau tempat tinggal jika diarahkan.
3. Jangan berjalan atau memandu dalam arus banjir. Ianya boleh membawa maut.



#safetytraining #safetytrainingmelaka #safetytrainingmalaysia #safetycommitteetraining #hirarctraining #safechemicalhandlingtraining #masmasafety #mssmartmanagement #basicriggingslinging #liftingsupervisor #training #safetytrainingnegerisembilan #safetytrainingkualalumpur #safetytrainingselangor #forklifttraining #kamianakmelaka #supervisor #crane #workingatheighttraining #firetraining #inhouseprogram #hrdffund #ceptraining #hrdfclaimable #environmentaltraining